Pengenalan

Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) diwujudkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bertujuan menyediakan kemudahan capaian internet secara kolektif kepada komuniti tempatan khasnya di kawasan luar bandar bagi memberi pendedahan terhadap teknologi komputer dan internet setaraf dengan yang sedang digunakan oleh masyarakat di kawasan bandar.

 

Diharapkan agar kemudahan yang disediakan dapat menyumbang ke arah mencapai kejayaan dalam inisiatif kebangsaan kerajaan bagi merapatkan jurang digital diantara masyarakat bandar dan luar bandar serta meningkatkan taraf sosio-ekonomi mereka melalui beberapa perisian yang dibangunkan. Ini adalah selaras dengan matlamat Pelan Jalurlebar Kebangsaan (National Broadband Plan) dan MyICMS 886.